Wednesday, December 7, 2011

Resepi CUCUR BADAK

Cucur badak


resepiyang aku pinjam dari dapur Ummi, sangat lembut dan sedap dengan masin2 serunding tu... buat beso2 - actually nak senang keja, cepat abes nak membulatkan tu..... makan 2 biiji pun dah kenyang.. terimakasih daun keladi ya Ummi, nnti len kali nak kopi resepi lagi....

Bahan-bahan:- ( anggaran 16 biji )
  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
bahan2 untuk inti:-
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu gula
  • garam secukupnya
Cara-Cara:-

  1. Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
    lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  2. Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
  3. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
Cara Membuat Inti:-
  1. Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  2. Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. (kak rose sapu minyak pada tapak tangan supaya x lekat)
kak rose buat 1/2 adunan dan dapat 8 biji besar2 gedabak.... puas dapat makan cucur badak buatan sendirik!

No comments:

Post a Comment