Wednesday, December 7, 2011

APAM GULA MELAKA

Apam gula melaka

Aku suka sangat ngan kuih nirr...hari nir banyak resepi dah aku download...boleh cuba hujung minggu nirr...resepi yang aku copy dari rumah nor secubit garam dan dari Che'Iza Myr..... terimakasih pada cik puan berdua....

APAM GULA MELAKA

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ k.nor guna campuran nisan & gula merah
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

* gula pasir sebanyak 3 sudu dlm adunan tu K.Nor skip sbb dah cukup rasa manis dr nisan dan gula merah.

kukus dalam acuan kecik2.... gebus dan lembut sangat. sedap!

No comments:

Post a Comment

Share it