Teruja sebenarnya nak tengok drama nie, mana tidaknya pelakon Botak membintangi drama tersebut, malahan memegang watak utama pulak tu, serius saya memang meminati lakonan botak dalam Juvana, harap dalam drama elisa ini lakonan botak lebih mantap lagi, lain dari sebelum ini. Okeh Sinopsis dan OST Cinta Elisa pun dah dikeluarkan. Jom check it out!
Sinopsis Drama Cinta Elisa Di Slot Lestary TV3
Drama Cinta Elysa adalah mengisahkan tentang dilema yang dialami oleh Aril yang dilakonkan oleh Botak Juvana, Aril terpaksa menjalankan tanggungjawab untuk menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang begitu membenci dan memusuhinya. Ibu saudara Aril begitu sangat membencinya, lakonan oleh Zila Bakarin, manakala sepupu Aril pula adalah anak perempuan kepada Ibu Saudaranya iaitu Elysa lakonan Fasha Sandha.
Sebelum itu, bapa saudara Aril, Jasman pernah berpesan sebelum beliau meninggal dunia, dia ingin sekali agar Aril mahu menjaga dan memastikan keselamatan anak-anaknya terjaga sehingga mereka tamat pengajian. Aril ni pula merupakan seorang yangbegitu nakal dan samseng, dia juga dianggap pemuda yang begitu bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya, walau bagaimanapun Aril yang dalam keadaan dia dibenci, dia terpaksa juga menjalankan tanggungjawab besar tersebut.
Part nie yang bestnye, walaupun Aril nie nampak agak jahat dan liar tetapi dalam diam dia menaruh hati dan mencintai sepupunya sendiri. Dalam pada itu suatu hari Aril di halau keluar rumah oleh ibu saudaranya, tapi aril nekad untuk membawa elisa bersama, aril menjalankan kehidupan samseng bagi menyara dirinya dan elisa, elisa pula tidak suka dan tidak menyenangi sikap dan cara Aril yang mencari rezeki dengan cara tidak halal. Elisa berusaha untuk membantu Aril mencari pekerjaan, dan Aril pula sedia untuk menerima segala teguran dan nasihat dari elisa demi cintanya, wahhhh!!
Apakah kesudahan drama ini?? sama-sama kita nantikan siarannye yea ^___^
- Untuk lebih detai lagi mengenai drama ini, boleh ke sini http://spostenterprise.blogspot.com
OST Cinta Elisa – Cinta Dongeng (Stacy)
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
Belum pernah aku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
No comments:
Post a Comment